VSTECS materai perjanjian edar komputer riba dan tablet Qualcomm di Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Jun – VSTECS Bhd, melalui anak syarikatnya, VSTECS ASTAR Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian dengan Qualcomm Technologies Inc untuk mengedar komputer riba dan tablet

Windows on Snapdragon di Malaysia.

Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan media semalam bahawa ia akan memanfaatkan rangkaian 4,600 rakan salurannya di seluruh negara untuk menyediakan kebolehcapaian meluas serta memacu kejayaan pengedaran dan pemasaran produk Qualcomm.

“Peranti generasi akan datang daripada Qualcomm, dikuasakan oleh platform pengiraan Snapdragon® bakal merevolusikan pengkomputeran mudah alih dengan menyampaikan prestasi luar biasa, hayat bateri lebih lama, kecanggihan kamera dan audio serta ketersambungan yang sangat selamat dan boleh dipercayai.

“Peranti ini memenuhi pelbagai lapisan pengguna, memenuhi permintaan profesional yang mencari produktiviti lancar, serta individu yang mahukan pengalaman mendalam dan sambungan boleh dipercayai,” kata syarikat pengedar produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu.

Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS, Soong Jan Hsung menzahirkan keterujaan kumpulan itu dilantik sebagai pengedar oleh Qualcomm yang mengukuhkan lagi komitmennya menyampaikan rumusan ICT terkemuka kepada pelanggan.

“Komputer riba dan tablet Qualcomm bersedia untuk mengubah masa depan pengkomputeran mudah alih dengan prestasi luar biasa dan ciri termaju mereka.

“Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan Qualcomm untuk membawa peranti yang membawa pembaharuan ke pasaran Malaysia dan memperkasakan pelanggan kami dengan inovasi teknologi terkini,”

ujar beliau.

VSTECS pada 27 April 2023 mengumumkan perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd untuk mengedar produk dan perkhidmatan kemudahan pusat data digital Huawei.

Source from https://www.dagangnews.com
Mandarin version https://sharesinfo4u.com

END

ABOUT VSTECS BERHAD

VSTECS Berhad (“VSTECS”) and its subsidiaries are a leading distribution hub for Information & Communications Technology (“ICT”) products, enterprise systems and provides ICT support and technical services in Malaysia. Listed on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad, VSTECS is an associate company of VSTECS Holdings (Singapore) Limited, which is in turn held by VSTECS Holdings Limited, a company listed on the Hong Kong Stock Exchange.

VSTECS distributes a comprehensive range of ICT products with over 40 leading principals and a nationwide channel network of more than 3,600 resellers comprising retailers, system integrators and corporate dealers. For more information, please visit www.vstecs.com.my.

For general enquiries, please contact:

Eva Loh
Email: syloh@vstecs.com.my

For media enquiries, please contact:

Sandy Yap
Email: ir@ibes-advisory.com

Enquiries

Brands We Carry